BIRO-BIRO

BIRO LATIHAN

Objektif:
1. Memberikan latihan kepakaran kepada ahli PAKSI dan komuniti
2. Merancang silibus latihan jangka pendek peringkat asas, pertengahan dan lanjutan
3. Memberi perkhidmatan latihan profesional kepada agensi

Aktiviti:
1. Mengadakan Meja Bulat bersama pakar membina silibus latihan
2. Bengkel kaunseling syarie peringkat asas, pertengahan dan lanjutan
3. Bengkel kaunseling syarie bersama agensi

BIRO KOMUNITI

Objektif:
1. Membantu komuniti menghadapi isu-isu semasa seperti banjir, kemalangan dan musibah yang lain
2. Mewujudkan kelab sahabat PAKSI yang akan membantu PAKSI turun bersama masyarakat
3. Membina jaringan dengan badan kerajaan dan NGO dalam memberikan khidmat komuniti

Aktiviti:
1. Turun Padang membantu komuniti menghadapi musibah
2. Mewujudkan kelab sahabat PAKSI
3. Latihan sahabat PAKSI bersama Biro Latihan PAKSI

BIRO PENERBITAN

Objektif:
1. Menerbitkan jurnal PAKSI
2. Menerbitkan buku-buku Kaunseling Islam
3. Mengumpulkan bahan-bahan penulisan dalam bidang Kaunseling Islam

Aktiviti:
1. Penerbitan Buku Kaunseling Syarie Dalam Masyarakat
2. Penerbitan e-jurnal setahun sekali

BIRO KHIDMAT KAUNSELING

Objektif:
1. Memberikan khidmat kaunseling syarie secara profesional dalam komuniti
2. Membantu organisasi melalui khidmat kaunseling syarie profesional
3. Mewujudkan e-kaunseling syarie sebagai salah satu wadah khidmat bimbingan

Aktiviti:
1. Mewujudkan direktori Kaunseor Kaunseling Syarie
2. Memberi khidmat kaunseling syarie komuniti
3. Mewujudkan e-kaunseling Syarie

BIRO PERUNDINGAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Objektif:
1. Membina jaringan profesional kepada Institusi kerajaan dan swasta peringkat kebangsaan dan antara bangsa
2. Memberikan perundingan dan khidmat profesional
3. Mewujudkan kerjasama dengan pihak IPT mengembangkan Kaunseling Syarie di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Aktiviti:
1. Konsultasi Pakar bersama JAKIM
2. Lawatan serta bengkel di nusantara dan antarabangsa
3. Khidmat konsultasi

BIRO SEMINAR DAN PERSIDANGAN

Objektif:
1. Mengadakan seminar/wacana/persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa
2. Mengadakan kerjasama dengan badan kerajaan, swasta dan NGO dalam mengadakan seminar/wacana/persidangan
3. Bekerjasama dengan Biro Penerbitkan menerbitkan prosiding seminar/ wacana/ persidangan

Aktiviti:
1. Seminar Kaunseling Syarie peringkat antarabangsa
2. Wacana kaunseling Syarie